Monday, November 23, 2009

Sticker teman dah dapat....



Teman dah dapat pun.. mike yang lain tak teringin ke...
Hubungi rakan-rakan untuk turut serta dalam konvoi nie
Lagi ramai lagi syoq,
Lagi sibuk lagi meriah berkonvoi
Jom Pi Utara....



Wednesday, November 18, 2009

Portable Mobile Rig (PARTS Respond Team)

Setelah sekian lama dalam perancangan, segala peralatan dan kelengkapan telah dikumpul. Yang penting selagi boleh menjimatkan kos selagi tu la perancangan demi perancangan disusun....
9W2SUF--->  segala perancangan bermula dari rakan nie dari segala persiapan...
9W2HBC---> mamat nie penyumbang semangat, idea dan ...
9W2AEK--->yg nie confirm tumpang sekaki je.....

Tuesday, November 17, 2009

Kan Dah Ada Yang Kena


Apa dah jadi...
Nasib baik teman tak letak kuali atas bumbung...
MCMC dah lancar operasi nampak nya...
Teman-teman sekalian...
    Pastikan kuali hanya diatas dapur sahaja yang digunakan......
Akan tetapi tulang ikan (yagi) kaki ayam@kaki biawak(5/8) takpe atas bumbung tapi kena la ada lesen nyenyehnyehnyehnyehnyehnyeh

KAKITANGAN Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merampas peralatan parabola dan menyaman pemiliknya yang memasang parabola itu di sebuah rumah di Taman Ong Kee Wee, Melaka, hari ini. - Foto Nashairi Mohd Nawi (UtusanMalaysia)

Saturday, November 14, 2009

LEMAS? HANYUT?

Alkisah......
Berita terkini mengatakan ada mangsa hanyut dipercayai terjatuh ke sungai Kinta..
Koordinator 9W2NIM telah mengerahkan team yg terlibat bersiap sedia...
Maka tepat pada 22.00 telah dimulakan operasinya... seramai 11 stesyen telah mengerakan operasi di ketuai sendiri oleh 9W2NIM disamping XYL & Harmonic nya



Apa yang terjadi?..
 Kejadian mangsa lemas dan hanyut memang berlaku... cuma standown operation..
Aktiviti disebalik gambar....
  •   Operasi menghabiskan durian(mastermind HBC)
  •   Menyemakkan kedai Nasmir nasi kandar
  •   Melayan karenah bakal 9M(ZAE) yg best dia asyik melihat "nasi lemak singgit"
Operasi berakhir jam 23.30, info terkini dari 9W2TUO(safa) mangsa telah ditemui tersangkut di jambatan Kg Temiang dan pengesahan dari balai polis diperolehi,. Maka,  operasi keesokan harinya dibatalkan oleh 9W2NIM

Stesyen yg turut serta:
  1. 9W2NIM
  2. 9W2SUF
  3. 9W2ZAE
  4. 9W2XXZ
  5. 9W2VEL
  6. 9W2MTA
  7. 9W2FTB
  8. 9W2HBC
  9. 9W2AEK
  10. 9W2ZCB
  11. 9W2JOI
Moralnya... ramai rakan-rakan yg monitor tapi tak ber QSO di jalur ekekkekekek.........

Thursday, November 12, 2009

R.A.C.E.S


Penubuhan RESPOND TEAM dibawah PARTS setelah mendapat pekenan dari pengerusi berikutan beberapa tragedi yang telah berlaku dan juga pengalaman yang telah dilalui.

R.A.C.E.S akhirnya di persetujui sebagai ROLE MODEL dan pengiktirafan dari pihak yang berurusan terus dengan RACES telah diusahakan oleh pengerusi PARTS PakLop untuk mengendalikan sebarang latihan yang diperlukan...

DEFINASI RACES

The Radio Amateur Civil Emergency Service (RACES) is a standby radio service provided for in Part 97.407 of the Federal Communications Commission (FCC) rules and regulations governing amateur radio in the United States.

Radio Amateur Civil Emergency Service will consist of only those amateur radio operators who have previously registered with local governments to provide emergency radio communications for them in times of emergency. Other amateur radio operations would be suspended and operations under the RACES rules might be restricted to certain frequencies within the amateur radio bands.
Operations under the RACES rules can provide or supplement communications during emergencies where normal communication systems have sustained damage. It may be used in a wide variety of situations, including natural disasters, technological disasters, nuclear accidents, nuclear attack, terrorist incidents, and bomb threats.

Wednesday, November 11, 2009

Ucapan Takziah Untuk 9W2RIL

Salam takziah dari saya dan keluarga atas permergian Ayah Mertua 9w2Ril. Moga beliau ditempatkan Allah di sisi ahli2 Syurga yang lain. Marilah sama2 kita semua warga radio mendoakan agar arwah dirahmati Allah SWT.....Al-Fatihah

BAKAL 9M2 DI IPOH



Akhirnya... tahniah pada Presiden PARTS.. PAK LOP(9W2SLJ dan Otai Abg Zack(9W2ZAE) atas keputusan Muktamad!

JOM PI KEDAH & PERLEH.....



KEPADA SEMUA RAKAN HAM, SATU PROGRAM 'SHORT BREAK' - JOM PI KEDAH & PERLEH AKAN DI RANCANG DALAM BULAN DECEMBER INI.

TARIKH : 19hb DEC 2009 SABTU & 20hb DEC 2009 AHAD.

PENGINAPAN : 2 HARI/1 MALAM DI KUALA PERLIS (HOTEL TO BE CONFIRM)

AGENDA : EYEBALL DENGAN RAKAN KEDAH & PERLIS, MELAWAT PEKAN RABU, GUA KELAM, WANG KELIAN, WANG BURMA, PADANG BESAR & BUKIT KAYU HITAM.... danok.

BAYARAN YANG DIKENAKAN:

1. PENGINAPAN RM70 (SEKELUARGA @ PER ROOM)
2. BAJU DAN LAIN2 RM25 (SEORANG) maklumat lanjut rujuk 9w2acb@9w2nim
3. lain-lain bayaran
3.1 Minyak RM Tanggung Sendiri.. Anggaran 1000Km perjalanan
3.2 Makan RM Tanggungan Sendiri
3.3 TOL (anggaran mengikut ROUTE)
-Ipoh ke Juru = RM 16.80 (jarak 123.5km)
-Sg. Dua ke Hutan Kampung = RM 13.00 (jarak 94.0km)
-Plaza Tol Jitra = RM 3.80 (jarak 10km)
-Total = Rm 33.60m x pergi balik RM 67.40

UNIT KOMUNIKASI KECEMASAN RADIO AMATUR

TELAH DI PERSETUJUI OLEH MAJLIS TERTINGGI PARTS, SATU UNIT RESPOND TEAM TELAH DITUBUHKAN BAGI MEMANTAU DAN MEMBERI BANTUAN SEKIRANYA BERLAKU BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR,TANAH RUNTUH,ORANG HILANG DAN APA APA KECEMASAN YANG MEMERLUKAN KHIDMAT KOMUNIKASI SEKIRANYA TIDAK TERDAPAT ALAT KOMUNIKASI YANG LAIN ATAU ALAT KOMUNIKASI LAIN TIDAK BERFUNGSI, (ETIKA RADIO AMATUR MALAYSIA.)

SEBAGAI PERMULAAN, SERAMAI 6 STATION TELAH DIPILIH BAGI SETIAP 2 MINGGU. UNIT RESPOND TEAM INI TERDIRI DARI BEBERAPA STATION YANG MEMPUNYAI PENGALAMAN DALAM KOMUNIKASI SEMASA BENCANA DAN OPERASI MENYELAMAT SEPERTI JPA3, RELA DLL.

CHARTA ORGANISASI RESPOND TEAM DARI
7/11/2009 HINGGA 15/11/2009